Selamat Datang

OVERVIEW: Pulau Pangkor merupakan pulau percutian yang kian popular di Malaysia, mempunyai ciri-ciri unik berbanding pulau-pulau lain. Ia kecil berbanding Langkawi atau Pulau Pinang, sedang membangun sejajar dengan matlamat Kerajaan menjadikan pulau ini tarikan pelancongan antarabangsa – namun keaslian alam semulajadi dikekalkan dan dipelihara. Pantai-pantai yang landai, bersih dan cantik. Air laut yang jernih dan biru kehijauan, batu karang dan ikan-ikan jinak seperti dalam akuarium (jangan ketinggalan pengalaman snorkeling dan beri makan ikan dari tangan!). Hutan dara yang kaya dengan flora dan fauna (hutan Pangkor adalah habitat burung enggang berparuh kuning – ia sering keluar makan di Teluk Nipah, jinak bak merpati!) serta bentuk bumi yang sering jadi pilihan para pelancong, pencinta alam dan penggemar aktiviti lasak serta adventure.

Rancang percutian anda lebih awal untuk mengelak kekecewaan…

[Sila klik pautan di sebelah kanan >> untuk pakej-pakej yang kami tawarkan]

Dianggarkan lebih sejuta pelancong berkunjung ke Pulau Pangkor saban tahun, menggunakan perkhidmatan feri dan teksi yang efisien dan tambang yang berpatutan. Feri hanya RM10 pergi balik. Kenderaan untuk pandu sendiri juga banyak tersedia. Jika hendak menikmati makanan yang lazat, hidangan makanan laut yang segar, datanglah ke pulau yang secara tradisinya perkampungan nelayan dan hanya beberapa tahun kebelakangan ini sahaja industri pelancongan menyaingi kepentingan industri perikanan di sini.

Pelbagai kemudahan awam ada di Pulau Pangkor – bank, mesin ATM, Pejabat Pos, hospital desa, internet WiFi, siaran tv Astro, akses talian selular (semua sistem), perpustakaan awam, dsb.

Datanglah ke pulau yang indah dan aman serta penduduk yang ramah mesra ini. Tempah awal khususnya jika merancang hendak datang di musim cuti sekolah dan musim cuti am sebelum semua bilik penuh.

 

(Klik banner untuk lebih keterangan pakej)

Malam yang happening di Teluk Nipah, Pangkor Buskers menghiburkan anda dengan lagu-lagu puisi dan rock kapak.

Print Friendly, PDF & Email